Selasa, 16 Mac 2010

MEREKA YANG TELAH DILUPAKAN

SIAPA MEREKA INI?
KENAPA SEMUA ORANG TUA?
APA YANG DIURANG TUNGGU?
KO KANAL KAH SAMA DIURANG?

19 tahun dahulu....
kali pertama saya melawat orang2 tua di kinarut
inilah persoalan yang bermain di kepala saya

bila kita renung kembali
imbas kambali
dan cuba untuk bertanya
 akan siapa mereka sebenarnya
kita akan tahu
bahawa mereka adalah seorang ibu atau ayah kepada seseorang
seseorang yang bergelar
datuk
peguam
doktor
usahawan
tauke
tetapi kenapa mereka di sini
ditempat yang dikelilingi orang yang sebaya dengan mereka
dan bukan di rumah bunglo,apartment,kondominium....?

mereka yang membesarkan anak-anak mereka
makan dan minum anak sentiasa dicukupkan
siang dan malam anak dibelai
nyamuk pun tidak dibenarkan untuk menyentuh tubuh anak mereka....
tetapi kanapa mereka tidak tinggal bersama dengan anak yang mereka lahirkan?
kenapa mereka harus berada di rumah orang-orang tua dan
bukan bersama anak dan cucu...?

sebagai seorang anak yang masih tinggal bersama ayah dan ibu
dapatkah kamu rasakan apa yang mereka rasai?
bayangkan,jika kamu melakukan perkara yang sama kepada orang tua kamu
apa yang mereka rasa?
tentulah bukan oren or pepsi kan
dan kalau satu hari nanti anak kamu melakukan perkara yang sama
membiarkan kamu di rumah orang-orang tua,
apa yang kamu rasa ahh?

walaupun kamu kaya harta
walaupun kamu pengarah berkuasa
walaupun kamu datuk berpangkat
walaupun kamu peguam bercabang lidah
walaupun kamu tauke ahlong
tiada guna semua itu.....
apalah yng ada dengan harta dan pangkat jika
kamu lupa asal usul kamu....
kamu lupa akan orang yang melahirkan kamu kedunia
kamu lupakan susah payah mereka


disudut hati kecil saya berkata
"semoga kamu juga dihantar ditempat yang sama bila kamu sudah tua"
dan kamu akan rasa apa yang mereka rasa sekarang
dan kamu akan mendapat pangkat yang sama sebagai
MEREKA YANG TELAH DILUPAKAN






Tiada ulasan:

Catat Ulasan